top of page

SEJARAH PENUBUHAN KKTMPJ

KENALI KAMI
​

KKTM Petaling Jaya adalah sebuah Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang menyediakan latihan kemahiran dan akedemik dalam Kejuruteraan Elektronik.

 

Bermula pada Julai 1995, KKTM Petaling Jaya mula menjalankan program Higher National Diploma (HND) di dalam bidang elektronik melalui program usahasama dengan pihak SWANSEA United Kingdom.  

 

Bermula Pada tahun 2012 Program Higher National Diploma (HND) dalam bidang elektronik ditukar nama kepada program BTEC Level 5 HND Diploma in Elektronic Engineering.  Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pearson Education Limited, United Kingdom.

 

Program Ini adalah diiktiraf oleh OFQUAL UNITED KINGDOM iaitu sebuah badan pengiktirafan kelayakan di England. Kecemerlangan kami dalam menjalankan program Higher National Diploma telah di anugerahkan Gred A oleh EDEXCEL INTERNATIONAL UNITED KINGDOM  selama 7 tahun berturut-turut.

 

Komitment kami telah melahirkan ribuan golongan profesional bumiputra dalam kejuruteraan dan keusahawanan.

bottom of page